BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Thursday, 14 March 2013

Kembar Oh kembar


Tips Mendapatkan Bayi Kembar

Jangan gelak plak kat aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa topik ni jugak yang aku pilih,tapi tak salahkan kalau kita nak anak kembar kalau di izinkan, alhamdulillah. mari kita tengok tips-tips yang boleh diguna pakai atau sebaliknya .




Kahwin dengan pasangan kembar atau berketurunan kembar.
Bhahaha jawapan tipikal. xD
Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula.
Tidak. yang itu bukan tips yang saya nak sarankan.
Ini tips paling mudah. Logik. Dan telah dilakukan penelitian.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu!
3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Cepat beli susu sekarang juga!
Makanan Masa Kecik-kecik dulu. xD
Maksud ubi itu masaklah ubi rebus ke, bukan beli kerepek ubi Pringles pulak. -_-
Eh lagi satu. Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak!.
Sapa yang tak nak anak kembar wey, kalau aku pun nak jugak anak kembar hehehe.. -.-" . 
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.


cInta BaRu...

Salam..amboiii lama benar x buka blog nih..huhuhu..
Selamat Tahun Baru 2013..moga tahun ni memberi seribu satu kebahagian..
Ermmm sebut sal bahagia ni.. jeng..jeng..jeng (wat saspen la kononya..haha)
Aku temui cinta baru..

Bermula di Facebook

You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
nk dipendekkan cerita kami berkenalan seperti lagu di atas...huhuhu Cinta Facebookla konon!!!..
Tapi sebelum ni aq dan dia pernah berselisih masa hari konvo dia..tapi time tu aq ada admire dekat membe dia.. aq nmpak dia tp aq ignore sbb duk gila bayang dekat membe dia yg style ala2 hero hindustan ckit hidung mancung..tinggi (tergugat iman)..ahaakksss gedikksss tol time tuh..
Then pada bulan september (tarikh dirahsiakan..hehe) si dia mula hantaq chat.. ajak sembang2..hurmm benda tu normalah kan..dekat fb asal chat msuk ja mesti ajk sembang2 kosong..tp mula tu aq ignore..tp sb kesian aq pun reply la chat dia.. bermula dari situlah start bibit percintaan yang indah (choiii wat ayat jiwang lakk..hehe) antara aq dan dia....
Awak,
bimbinglah saya dalam mencari redha Illahi,
janganlah dikau membimbingku ke arah kemaksiatan,
bimbinglah saya menjadi muslimah yang solehah,
bukan menjadikan saya wanita yang sentiasa dimurkai Illahi.

Awak,
cintailah saya seadanya aku,
terimalah segala kekurangan dan kelemahanku dengan seikhlas hatimu,
bimbinglah saya agar menjadi zaujah yang kau idam2kan,
janganlah awak sentiasa mengkritik segala kelemahan dan kekurangan saya,
kata-kata awak itu boleh menguris hati kecil saya ini.

Awak,
terimalah saya hanya kerana Allah,
kerana cintanya awak pada Illahi,
janganlah awak menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata,
kerana ia adalah sementara.

Awak,
bawalah saya kerumah Allah,
jangan kau bawaku ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan,

Awak,
sepanjang tempoh perkenalan kita sebagai anjnabi,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dgn keterbatasan,
agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatNya..
InsyaAllah

nukilan ini khas aku tujukan untuk si dia..
aku takut nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti..


Pencuri Hatiku... =))


Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan..moga jodoh antara kita kekal lama..Amin..

Friday, 30 September 2011

Thanks Uncle Mix..

Lama tol xupdate blog nie..buzzy bebenor katakan.. haishhh..lain la Cik Dhiya tu..hari2 update blog dia..mengadap lappy sampy lappy tuh yang mengadap dia pulak..hehehehe Cik Dhiya jangan marah ye.. = P

Well berdasarkan topik dia atas actually ezaty asa senang hati + suka hati+ senyum sowang2 hehehe..(angau dah datang) sebab masalah dah selesai..Bukan senang nak pertahankan cinta yg di bina selama 5tahun 7bulan tuh ..(hermm lama ke???) But for me..itu satu tempoh yang lama kot.. =)

 
Thanks to Uncle Mix sebab explain dan jujur dengan ezaty.. Actually ezaty takut kehilangan orang yang menjadi tulang belakang ezaty(family and .....).Dyeowang ni lah yang banyak bagi semangat untuk ezaty terus bertahan dengan apa jua cabaran dan halangan yg datang...
 Dah lama xberjiwang karat nie..so malam nie terpikir nak jiwang jap.. Before that ezaty nak pesan kepada yang hangat bercinta tu jaga la hubungan korang baik2..percaya satu sama lain..if ada kesulitan berbincang elok2 xnak tengking-tengking..dan cepat2 lah minta maaf if ada wat salah dengan pasangan..



CINTA SEJATI

Cinta sejati takkan pernah 
sanggup tuk diungkapkan
Meski lewat lagu…
Atau lewat puisi
Cinta sejati tak mudah untuk dilukiskan
Melalui sebentuk langit biru… 
Atau segarnya udara pagi

Cinta sejati takkan pernah bisa beranjak pergi
Meski masanya sirna… 
Dan ceritanya tak lagi putih
Cinta sejati tak mudah untuk digoyah
Walau godaan menderu… 
Dan kenikmatan dunia menguji..

Hingga esok tak lagi ada
Sejak terasa waktu pertama
Hingga dunia menjadi abadi
Tak berubah semua di hati

just for you Uncle Mix...thanks 4 everything that you did to me..



 ~ Uncle Mix ~ 

moga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.. Amin..

k lah dah ngantok la..good nite..have a sweet dream yeah.. :)








Friday, 19 August 2011

Buka Posa

Bestnyer semalam dapat berbuka puasa dengan kawan2 kelas(Dip.Business Study)
Lokasinye dekat Kuala Perlis.Memang best lah dapat out dengan kawan2 kelas.Bukan senang taw nak out dengan dyeowang maklum la masing2 busy xhenti2 dengan bisness macam-macam an..
Tapi semalam adalah hari yang di tunggu -tunggu oleh semua warga DBS untuk berbuka puasa beramai-ramai.Happening sangat-sangat..Bukan tu saja.bebrbuka puasa ni juga dapat mengeratkan lagi jurang-jurang yang pernah ada sebelum ni.Manalah tahu ada yang bermasam muka,xbertegur sapa waktu didalam kelas kan..Thanks la kepada kawan-kawan yang menganjurkan majlis berbuka ni..
Haaaaa...dalam majlis tu PA kitaowang pun hadir taw ngn family dia..kowang tahu ka PA tu apa????
Personal Assistant??? hahaha salah..salah and salah.. PA tu sebenarnya Penasihat Akademik lah..
Sebenarnya PA kitaowang nie xbapa kamching sangat ngn kitaowang semua..tapi semalam telah berlaku keajaiban dunia yang tidak dijangka PA kita menghadirkan diri juga untuk mjlis tu.."Thanks Papa Rahman for coming"
Lepas berbuka kitaowang round-round Kangar pula.Nak bagitahu ni bebudak DBS nie pantang taw if ajak bergambar(memey gilo lensa arhh)sampai sanggup berdiri tengah jalan yang crowded tu semata-mata nak snap pic yang cantek arr kononya..

comel tak????(K.Perlis)

 K lah bzzy ckit..maaf la xdapat nk post panjang2..


Salam Ramadhan 
&
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin










Wednesday, 3 August 2011

Makyong Oh Makyong..

Untuk entry kali ni i nak cakap sal tarian tradisional k..Napa boleh terpikir nak cakap cam tu erk??? cuba korang teka...????? ha sebenarnya tadi ada perjumpaan kokurikulum so i join kelab kebudayaan.
Tadi xbuat apa sangat just sesi ice breaking dengan lecture je..I ingat xda tugasan or assigment  lagi  untuk "first meeting" tapi sangkaan ku salah..Hurm.. bawu first time dah ada tugasan..
Korang nak tahu apa tugasanya???
(korang pikir lah sendiri)

Memandangkan korang xdapat jawab,biar I jelah yang gitau..Sebenarnya tadi lecture suruh cabut undi tentang tugasan tarian..Tiba-tiba sampai turn group i,kitaorang pun cabutlah..cabut punya cabut dapat lah tajuk macam kat atas tu..(Tarian Makyong)~padan muka nak masuk tarian sangat!!!!

Mak oii terkejut beruk..dah la xda basic tentang tarian tu,tetiba dapat pula..HUhuhu ..nasi dah jadi bubur.. :(
Minggu depan kena present sal sejarah tarian tu then minggu lepas Hari Raya Aidilfitri kena present tarian tu depan lecture and akan dinilai untuk markah PB.

Oh nooooo...help me...somebody please help me..Help!help!help! Koreografi pun xtahu nak wat macam mana lagi nie(xda basic makyong katakan)..
huhuhuhu..jawabnya xtido lah i and the geng nanti.
By the way xpalah i terima semua tu sebagai satu cabaran walaupun i dari bidang yang berbeza(bisness),tapi i akan cuba sedaya upaya untuk buat yang termampu.
Chaiyok!chaiyok!!!!



Monday, 25 July 2011

Tak Sabarnya Nak Balik Rumah..

Menunggu sesuatu yang amat menyebalkan bagiku,
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar,
Menantikan bila saat untuk ku pulang ke rumah
Entah sampai kapan aku harus menunggu...
 (boleh jadik penyanyi nie)

hehehe..untuk entry kali ini saya menghilightkan topik xsabarnya nak balik rumah..Bukan apa kawan2, dah lama xpulang ke hometown tu jadik macam nie(dah macam orang angau,tersenyum sorang2)..Rindu sangat kat hometown taw!!!! Kawan2 pun mesti asa benda yang samakan bila berada jauh dari kampung halaman dan family tercinta.Ditambah pula dengan kehadiran bulan yang mulia(Ramadhan) yang tak lama lagi akan tiba, sapa yang tidak mahu balik untuk menyambut posa dengan family kan???Uishhh tak sabarnya rasa hati ini.. hehehehe..

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
 Agar dapat kulalui dengan sempurna" 
ceeeewahhhh ada bakat tak untuk masuk Ustazah Pilihan???(berangan la pulak)..
Ok lah kawan2..saya dh kehabisan idea nk tulis..bukan pa teruja sangat nak balik rumah..
sekian,wassalam..

Thursday, 30 June 2011

Belajar La Untuk Menghargai Sebuah Cinta..


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..